Friday, December 24, 2010

MAKCIK ! budi bahasa budaya kita tau!

cerita bermula macam ni,
sebagai student yang menuntut di foudation centre uia,aku belajar kat nilai.so,setiap kali babah tdk dpt mengambil aku kat nilai,aku terpaksa la bersusah payah balik sendiri menaiki kenderaan awam yang disediakan.cara termudah untuk balik kl dari nilai is,naik teksi dari hostel-RM8 kemudian naik KERETAPI TANAH MELAYU.

cerita ni berkenaan dengan KTM ;p
biasa la,semua orang Malaysia tau majoriti penumpangnya warga asing kan.
hee *no offence

aku taktau la kenapa sejak kebelakangan naik KTM nak blk umah ni,aku mmg selalu ada je masalah dengan orang orang yang lebih berusia,terutamanya makcik makcik.
taktau la apa salah aku.adik aku kata sebab muka aku nu muka seposen *ciss betapa murahnya harga muka aku ni.AHAHAHA

tapi tak kesah la pasal tu.
ni kisahnya...............
first story : perkara biasa la kalau ktm tu macam sardin kan.tapi agak agak la kalau nak menolak nolak.ingat orang orang yang ada dlm tu ayam ke kambing???
tahap kebengangan aku ni dah sampai tahap dewa.
ada ke patut,aku nak keluar lepas tu ada sorg makcik ni tarik beg aku ke belakang kemudian dengan tenaga tua nya,dia menolak aku ke depan alaa,senang cerita macam dia nak melastik tu,
dia ingat aku ni bahan mainan ke! cis. nasib baik la aku ni ada hati dan perasaan.kerana hormat kan mereka,aku keluar je tanpa SEMPAT mengeluarkan kata kata yang kurang sopan ok.
kepada makcik tersebut,kalau kau kat tempat aku macam mana?apa kauu rasa?

second story :
benda ni baru berlaku tadi.semua pasal keluar masuk KTM je.small matter la auntie oiii.
aku macam biasa la,cuba nak berlagak sopan seperti biasa.
tapi tak disangka,kesopanan yang cuba aku tunjukkan tu,akhirnya dibalas dengan kata kata penghinaan.
MAKCIK oi,untuk pengetahuan anda,saya amat dan sangat terasa tau!
macam ni situasi nya : (masa tu lebih kurang pukul 6.30 ptg)
dengan keadaan yang ramai sangat sangat org yg nak keluar kat stesen kl sentral tu,aku pun nak bagi la laluan kat org depan2 aku,so aku pun berhenti la jap,bagi laluan.aku ckp mcm ni kat kawan ku yang berada di belakang aku "ana,kita bagi la diaorang jalan dulu ok?" ana pun cakap "ok" pastu the best part is,tiba tiba dengan tak de salam ada sorg makcik ni menyampuk cakap aku sambil pandang aku dengan tak puas hati "HABIS,NAK KELUAR PUKUL BERAPA?PUKUL 10??" eh eh eh makcik ni,memang nak kena betul laa.aku dah bg laluan kat dia pun dah kira bersyukur sgt sgt la.
tapi ingat ingat balik macam kelakar la.pikir logik la,orang tua nak kita hormat mereka tapi kalau mereka punya perangai mcam &%^@#  haishh tah laa.LU PIKIR la makcik oi.

1 comment: