Monday, April 4, 2011

ordinary girl

every kids in this world always wanted their parents to give them the best.mostly,kids nowadays senang nak dapat apa sahaja from their parents 'papa,nak kasut baru tau,nak handphone model baru keluar tu 1 and nak ipad ok pa,buy for me ekk paa.please' 'ok syg,nanti papa belikan'
tapi ni lain pulak kisahnya tentang seorang budak ni.'ayah,nak duit,nak kena bayar yuran.dah lama sangat tangguh' 'nanti ayah bagi'....sebulan lepas perbualan tersebut si anak meminta lagi 'ayah,dah ada ke rm180 untuk bayar yuran tu?' si ayah hanya tersenyum kepada anaknya tanpa memberi kan jawapan yang pasti.si anak berasa malu kepada rakan rakannya yang lain.si anak cuba sedaya upaya mencari duit dengan hasil titik peluhnya sendiri yang sepatutnya menjadi tanggungan si ayah.
tidakkah si ayah berasa malu kepada dirinya sendiri?
tidakkah si ayah terasa ingin berusaha sedaya mungkin dan berkorban demi anak anak dan keluarganya?
apalah nasib si anak.sepatutnya tanggungjawab si anak hanyalah untuk belajar di usia sebegitu muda.
mahu ditegur si ayah,si anak merasa serba salah.buntu fikiran budak itu!
sampai bila si ayah akan terus berdiam diri.sedangkan anak orang lain pada masa masa cuti,mereka bergembira di luar negara,beriang ria di taman tema,bergurau senda bersama keluarga.tetapi si anak ini,pada masa cuti,sibuk mencari duit poket! tak guna punya si ayah.selepas si anak mendapat habuannya,adakah patut si ayah yan meminta minta wang hasil anaknya itu?apalah nasib keluarga itu.
si emaknya pula,,keluar bekerja di waktu pagi.berpendapatan kurang jika nak dibandingkan perbelanjaan mereka sekeluarga.dipendekkan cerita,si emak pula yang menanggung keluarga itu.ketika si emak keluar bekerja selepas subuh,si ayah masih lagi berdengkur.
inilah yang dikatakan pengorbanan dan sayang nya seorang emak terhadap anak2 mereka.bukan setakat kerja pagi balik tengahari saja.disambung pula kerjanya dengan berniaga sejurus pulang dari kerjanya disiang hari.berniaga untuk menampung perbelanjaan harian.bersusah payah,membanting tulang untuk mencuba melaksanakan permintaan anak anaknya agar hidup si anak tidaklah kesempitan.YA ALLAH,engkau berilah kekuatan fizikal dan mental terhadap si emak yang bersusah payah menyara keluarganya.engkau berkatilah rezeki si emak.engkau permudahkan lah urusan si emak itu YA ALLAH.sesungguhnya Engkau MAHA BERKUASA.Amiin.
Tidak cukup hanya dengan menampung perbelanjaan harian,makan minum anak2 nya sahaja,malah sewa rumah,segala bil api,air maknenek semua dilunaskan oleh si emak.
si ayah hanya tahu menghabiskan sisa hidupnya melakukan kerja yang tidak menampakkan hasil.
apalah rasanya hidup anak anak yang segala perbelanjaan mereka ditampung si papa.alangkah bahagia hidup mereka tanpa perlu meminta minta.
doaku : YA ALLAH,ENGKAU TABAHKAN LAH HATI SI ANAK DAN SI EMAK.ENGAKU BUKA KAN LAH PINTU HATI SI AYAH UNTUK KEMBALI KEPADA TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI SEORANG INSAN YANG BERGELAR KETUA KELUARGA. 

boyot!

haih.naik letih la bila orang asyik complaint tang perut boyot ni.sejak cuti badan bertambah naik.standard la kann kalau dah perempuan namanya,mmg isu perut ni selalu menjadi masalah.kadang kadang nak rasa kecil hati dengan cakap orang pun,dah naik malas.aku terfikir2 la,what should i do untuk kembal normal slim mcm dolu dolu.haha.ni antara plan nya:

#1 jogging,mcm biasala kan
#2 swimming :) tp mcm dh tak larat skrg,sbb berat sgt.hehe
#3 aerobics dance.i'm trying

planning nya punya la byk kann,tapi yg jadi mslah tu,masa je.yang tang aerobics tu,dah download dah vid,tapi cam segan nak buat.hehehe.nak share ngan uolls.tapi ni thailand punya aerobics.looks fun.jom try sama2 hehe.boleh keluarkan peluh and cergas kan badan and minda.GUYS,LETS LEAD TO A HEALTHY LIVING!!!









chill dengan video lawak ni :)

 try tengok.walaupun pakcik ni ada kat tg.rambutan,tapi hebat woo.
spontan je dia.
siapa punya idea laa.haha.and lagi satu,kalau korang belum tgk
yg versi geli mat punya,try search yg tu.ok gak.
yang ni cute cute punya haha

lawak dia tang mula2 tu.haha

Sunday, January 30, 2011

broga hill AT LAST!

dah lama aku kepingin nak hiking.last hiking masa zaman sekolah dulu je.few days lepas newyear,ada trip nak pergi broga.aku pun join laa.kitorg konvoi empat kereta.lagi ah membuak2 semangat nak mendaki bukit tu.sampai semenyih tu around 5.30 am and smpai puncak dlm sejam gak la,dah sampai puncak,SUBHANALLAH,MASYAALLAH,ALLAHUAKBAR.
aku tergamam sgt sgt sgt dengan keindahan panorama cehh.haha.mmg dahsyat sungguh.tercapai impian aku untuk buat something yang luar drpd kebiasaan.


tah kenapa tahun ni terasa nak try buat ekstrem sport,benda2 yang baru.aku dpt rasa kepuasan buat semua tu.and at least,aku tak melepak mcm dulu,melepak dan melepak dan berjalan tanpa hala tuju.
hope God will bless me in everything i do.amiin

bike for me ;)



can i have that bike?cool gila kalau ada satu.lepastu bila dah masuk main campus kat gombak yang luas tu,boleh kayuh bike ni je.banyak advantage nya,firstly,duit minyak mmg takpayah nk fikir dah la(cuma minyak rantai bike ;p),lepastu,boleh kurus :),lepastu roadtax pun tk pyh bayar,lepastu udara segar takpayah pakai air cond.go green yeahh!

new year 2011

lama dah rasanya tak membuat curhat di sini.i'm free now and totally bored.so,tiba lah masa menulis entry baru.lets talk about newyear celebration.my newyear clebration untuk tahun ni tak sehebat tahun2 lepas.kebiasannya,aku akan sambut ngan cousin.tp tahun ni clbrate dengan kakak,adik dan kawan lama sorg.haih,its just nice.malam nak keluar tu,mak aku tanya,nak pergi mana tu.aku dengan slumber la jawab "nak pergi tengok bunga api la ma" pastu dengan tidak berhati perasaan,mama aku pun jawab "korang ni macam jakun je tak pernah tengok bunga api" hahaha.she's trying so hard to makes joke kan?but she did.hehe.malam tu,aku decide nak menjakun kan diri kat the curve damansara.pergh,sesak nya jangan cakap la.mmg hebat la makcik oii.
korang,korang..azam tahun baru apa?i was thought of my azam,and u know what.actually,i can say that its just a stupid silly dumb dumb punya azam.haha.should i type it here?i'll think about it. ;) 
part yg paling best masa kt situ was "spraying time".here's some picture yang aku blh share kan ;)



lepas dah seronok2 spray even stranger pun tk psl2 aku spray gak,kitorg start menjakunkan diri tgok fire crackers.

thats it.bosan kan.tu jela celebration nye.lepastu pergi minum2,pastu balik.haih.bila la nak ada celebration yg more interesting.i bet new year celebration dengan whole family mesti interesting kan?i wish i can do this thingy with my family nexyear.

Friday, December 24, 2010

MAKCIK ! budi bahasa budaya kita tau!

cerita bermula macam ni,
sebagai student yang menuntut di foudation centre uia,aku belajar kat nilai.so,setiap kali babah tdk dpt mengambil aku kat nilai,aku terpaksa la bersusah payah balik sendiri menaiki kenderaan awam yang disediakan.cara termudah untuk balik kl dari nilai is,naik teksi dari hostel-RM8 kemudian naik KERETAPI TANAH MELAYU.

cerita ni berkenaan dengan KTM ;p
biasa la,semua orang Malaysia tau majoriti penumpangnya warga asing kan.
hee *no offence

aku taktau la kenapa sejak kebelakangan naik KTM nak blk umah ni,aku mmg selalu ada je masalah dengan orang orang yang lebih berusia,terutamanya makcik makcik.
taktau la apa salah aku.adik aku kata sebab muka aku nu muka seposen *ciss betapa murahnya harga muka aku ni.AHAHAHA

tapi tak kesah la pasal tu.
ni kisahnya...............
first story : perkara biasa la kalau ktm tu macam sardin kan.tapi agak agak la kalau nak menolak nolak.ingat orang orang yang ada dlm tu ayam ke kambing???
tahap kebengangan aku ni dah sampai tahap dewa.
ada ke patut,aku nak keluar lepas tu ada sorg makcik ni tarik beg aku ke belakang kemudian dengan tenaga tua nya,dia menolak aku ke depan alaa,senang cerita macam dia nak melastik tu,
dia ingat aku ni bahan mainan ke! cis. nasib baik la aku ni ada hati dan perasaan.kerana hormat kan mereka,aku keluar je tanpa SEMPAT mengeluarkan kata kata yang kurang sopan ok.
kepada makcik tersebut,kalau kau kat tempat aku macam mana?apa kauu rasa?

second story :
benda ni baru berlaku tadi.semua pasal keluar masuk KTM je.small matter la auntie oiii.
aku macam biasa la,cuba nak berlagak sopan seperti biasa.
tapi tak disangka,kesopanan yang cuba aku tunjukkan tu,akhirnya dibalas dengan kata kata penghinaan.
MAKCIK oi,untuk pengetahuan anda,saya amat dan sangat terasa tau!
macam ni situasi nya : (masa tu lebih kurang pukul 6.30 ptg)
dengan keadaan yang ramai sangat sangat org yg nak keluar kat stesen kl sentral tu,aku pun nak bagi la laluan kat org depan2 aku,so aku pun berhenti la jap,bagi laluan.aku ckp mcm ni kat kawan ku yang berada di belakang aku "ana,kita bagi la diaorang jalan dulu ok?" ana pun cakap "ok" pastu the best part is,tiba tiba dengan tak de salam ada sorg makcik ni menyampuk cakap aku sambil pandang aku dengan tak puas hati "HABIS,NAK KELUAR PUKUL BERAPA?PUKUL 10??" eh eh eh makcik ni,memang nak kena betul laa.aku dah bg laluan kat dia pun dah kira bersyukur sgt sgt la.
tapi ingat ingat balik macam kelakar la.pikir logik la,orang tua nak kita hormat mereka tapi kalau mereka punya perangai mcam &%^@#  haishh tah laa.LU PIKIR la makcik oi.